Wednesday 20 March 2013

Gempaq!!! Ini dia Tanda Putera menyerang Parit Buntar!!!

Gempaq!!! Malam tadi penduduk di dalam Parlimen Parit Buntar sangat bertuah kerana telah dipertontonkan sebuah filem "Tanda Putera" arahan Suhaimi Baba pd jam 8.30 mlm bertempat di Dewan Sri Kerian.

Turut hadir sama ke majlis tayangan amal tersebut ialah barisan kepimpinan UMNO Bahagian Parit Buntar Ybhg Tn Hj Mohd Salleh B. Mat Disa selaku Pemangku Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar, Ybhg Encik Abu Bakar B. Mat Ali, selaku Penyelaras DUN Titi Serong serta barisan kepimpinan UMNO bahagian dan cawangan yang turut hadir.

Program tayangan amal filem tersebut semata-mata untuk mencari dana bagi membantu penduduk di Lahat Datu, para waris pejuang yang gugur di perbatasan Lahat Datu dengan kempen menderma " Untuk Lahat Datu".

Selongkar sempat menemubual Penyelaras DUN Titi Serong iaitu YBhg Encik Abu Bakar B. Mat Ali, beliau menyatakan filem ini telah diharamkan untuk tontonan umum atau di pawagam kerana ianya dikatakan RASIS oleh sesetengah pihak yang berniat jahat bagi mencetuskan perbalahan kaum.

Tambahan beliau, cuaca politik masa ini sangat terik dan panas. Sebarang tindakan yang boleh mencetuskan ketidakselesaan awam harus dihindarkan. Beliau juga berpandangan yang mana filem tersebut harus dipertontonkan kepada semua kerana filem ini secara sinopsisnya mengisarkan semangat perjuangan dan patriotik. Seluruh rakyat Malaysia harus mengambil iktibar hasil daripada penyampaian filem tersebut agar sebarang permasalahan harus ditanggani dengan berhemah dan musyuarah.

Oleh yang demikian, apabila kurangnya semangat patriotik pada hari ini kita telah disajikan dengan beberapa siri himpunan bagi menunjuk perasaan ketidakpuasan hati. Sedarkah kita bahawa perbuatan ini menunjukkan yang rakyat kita masih ramai lagi yang tidak faham dengan apa yang dikatakan Patriotik itu? Kebanyakkan semua itu hanya ikut-ikutan sahaja.

YBhg Encik Abu Bakar B. Mat Ali dalam majlis semalam juga turut menyumbangkan wang untuk tabung Lahat Datu tanda sokongan dan keprihatinan beliau sebagai seorang pemimpin dan rakyat Malaysia.

Pesanan beliau, "saya menyeru kepada semua orang-orang melayu di Malaysia ini, marilah kita bersatu hati dalam pilihanraya ini bagi menjamin masa depan kita dan anak cucu kita di kemudian hari.

"Buang yang keruh, ambil yang jernih"



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone