Thursday 21 March 2013

Habislah BN "inikalilah" di DUN Titi Serong, DUN Kuala Kurau dan Parlimen Parit Buntar

Malam ini gerakkan gerila besar-besaran telah berlaku di Tanjung Piandang bagi melenyapkan pengaruh dan ideologi parti Perosak Rakyat!!!

Suntikkan moral dan semangat perjuangan telah disemat kedalam diri panglima perang oleh Jeneral kor DuN Titi Serong YBhg Encik Abu Bakar Bin Mat Ali bersama dengan Jeneral Kor DuN Kuala Kurau YBhg Tn Hj Mohd Salleh Bin Mat Disa.

Dalam arahan yang serius dan tegas, semua jentera diarahkan melaporkan persiapan terkini dan keadaan semasa sikap atau kecenderungan pengundi di dalam kawasan masing-masing.

YBhg Encik Abu Bakar Bin Mat Ali menegaskan bahawa dalam situasi ini semua jentera harus memberi komitmen yang tinggi dan fokus terhadap keadaan semasa kerana pecacai rakyat akan melakukan apa saja bentuk provokasi serta propaganda jahat demi mencapai matlamat mereka untuk menghancurkan perpaduan dalam negara.

Isyarat ini sangat jelas! Sokongan cina didalam Parlimen Parit Buntar menunjukkan tanda yang positif untuk mambantu BN bagi mencapai kemenangan yang besar. Habislah PR inikalilah BN akan sapu bersih di ketiga-tiga kerusi dalam Parlimen Parit Buntar.

Maka, terbuktilah kerajaan yang dipimpin oleh DS @najibrazak pada hari ini telah mendapat sokongan dihati rakyat keseluruhan.

"Janji Ditepati", "tiada tertinggal,tiada terpinggir"





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone