Tuesday 12 January 2021

PKPB kembali

Bermula hari ini, Pematuhan Kawalan Pergerakan Bersyarat dikenakan kali ke-2 (Negeri Perak) dan kali ke-3 secara keseluruhan sepanjang penguatkuasaan PKP dilaksanakan semenjak bulan Mac 2020.

Kadar kes di Malaysia adakalanya menaik dan menurun. Kadar kes jangkitan dan sembuh adalah tidak stabil. Satu ketika dulu, kadar kes jangkitan telah menurun ke satu digit. Namun, asbab kelalaian dengan Pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh KKM menjadikan kes terkini mencecah ke angka 5 digit.

Situasi ini menjadi kegusaran semua pihak. Namun, agak pelik juga apabila kegusaran yang dinyatakan di kebanyakan media sosial tidak seiring dengan tingkah laku atau perbuatan manusia / orang yang berpusu-pusu ditempat awam tanpa mematuhi SOP yang telah dikeluarkan oleh pihak kerajaan.

Ramai yang berada dipersekitaran berisiko tanpa memakai penutup hidung dan mulut, tidak mematuhi penjarakan fizikal dan masih ada bersentuhan serta bersalaman antara satu sama lain.

Justeru itu, marilah kita menjadi warga yang bertanggungjawab kepada negara Kita. Bersama berganding bahu mencegah penularan pandemik covid-19 ini dengan dengan mengamalkan gaya hidup norma baharu.

#kitajagadiridankeluargasendiri
#civid19

Thursday 16 July 2020

JSPK

Mukadimahnya :-

Jangan Suka Palam Kawan 

Jangan Selalu Perasan Kemas

Jaga sendiri punya kerja

Friday 5 September 2014

Awas!!! Opss Ketum Pulak Lepas ni... @AADKMalaysia

Sebarang produk makanan atau minuman yang berasaskan bahan dari daum ketum adalah dilarang. Ini kerana kerajaan telah mewartakan daum ketum dibawah akta dadah merbahaya.

Kepada penggemar dan pengamal air ketum dan puding ketum, sila ambil perhatian!!! Hentikan aktiviti ketum anda atau anda bakal didakwa dibawah akta dadah merbahaya seperti yang diwartakan.




Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Thursday 4 September 2014

Saturday 30 August 2014

3 Amanat Kemerdekaan ke- 57 Oleh PM

Selamat menyambut hari ulang tahun kemerdekaan tanah air tercinta Malaysia yang ke-57.

"Disini lahirnya sebuah cinta"... Selamilah maksudnya demi Malaysia kita pada hari ini, esok dan seterusnya.

Negara Malaysia kita ini bakal kita wariskan kepada anak cucu kita nanti. Maka, peliharalah ia mengikut acuan yang kita buat. Jangan mengikut hasutan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak yang cemburu melihat kejayaan yang dikecapi oleh Malaysia pada hari ini.

Lipatan sejarah dan waktu telah mendewasakan kita. Pelbagai cabaran dan ujian telah kita hadapi dan atasi dengan izin Allah SWT.

Justeru, demi melangkaui masa hadapan yang harmoni dan mengecapi kejayaan yang berterusan, maka PM kita telah menggariskan "3 Amanat Kemerdekaan ke-57" bagi merialisasikan impian mencapai status negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi.

AMANAT PM :-
1. Mengukuhkan Solidariti Rakyat Malaysia
2. Memupuk keyakinan - mampu mencapai cita-cita apabila kita saling bersatu dan bergandingan
3. Mewariskan sebuah Malaysia yg makmur lagi sejahtera kepada generasi akan datang

Hargailah apa yang kita kecapi pada hari ini dan jagalah ia untuk generasi yang akan datang.

"Yang bulat tidak datang bergolek, yang leper tidak datang melayang"

MERDEKA!!!

MERDEKA!!!

MERDEKA!!!



Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

Tuesday 26 August 2014

Perghhhh...bogel sesaja!!!

Hairan sungguh depa ni! Semakin menjadi-jadi perangai puak-puak sial ni!!!

Apa yang depa cuba nak sampaikan???



Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network