Friday 1 March 2013

Derma untuk tabung perajurit oleh pemuda pas?

Harakah Daily mengeluarkan kenyataan bahawa pemuda pas akan menggerakkan kutipan untuk dana tabung perajurit yang terkorban di Lahat Datu.

Persoalannya, benarkah dana yang disumbangkan oleh orang ramai itu akan sepenuhnya disalurkan kepada keluarga perajurit kita yang terkorban di Lahat Datu itu?

Selongkar hanya khuatiri yang dana tersebut akan diambil kesempatan oleh puak2 yang tidak bertanggungjawab ini untuk disalurkan kepada pihak tertentu bagi membiayai kempen pilihanraya yang hampir tiba tidak lama lagi.

Bukan apa, jika difikirkan suatu masa dulu puak-puak ini beriya-riya sangat mendokong perjuangan komunis seperti ingin membawa pulang Chin Peng kembali ke tanah air yang tercinta ini tanpa menghiraukan perasaan pejuang-pejuang kita terdahulu yang berkorban dan terkorban jiwa raga demi menjaga keselamatan serta kesejahteraan semua.

Jadi, fikir-fikirkan lah apa yang telah berlaku dan apa yang bakal berlaku dengan pengalaman dan fakta yang ada.

Kalau hendak membuat sedekah jariah sekali pun, kita perlulah menyalurkan kepada saluran yang betul dan telus agar sedekah kita itu tidak menjadi subahah.

" Amar Makruf Nahi Mungkar "



________________________________
Image taken with Screen Grabber.
Download it free from the App Store : http://jred.co/free_app_screen_grabber
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone