Saturday, 2 March 2013

Parlimen Parit Buntar Diserbu habis

Hari ini selongkar dikejutkan oleh para-para pejuang yang hadir hampir ribuan orang bagi mendengar taklimat pilihanraya dalam Parlimen Parit Buntar yang disampaikan oleh Saudara Mahadzir Bin Mohamad serta dirasmikan oleh Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar YBhg. Tuan Haji Salleh Bin Mat Disa.

Program ini dianjurkan bersama BTN negeri Perak di Dewan Merdeka Parit Buntar bermula jam 12 tengah hari dan berakhir dengan jayanya pada jam 5.30 petang.

Melihat situasi ini selongkar amat berkeyakinan yang Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau dapat ditawan kembali oleh wira dan wirawati UMNO/ BN yang berkomitmen tinggi dalam berjuang untuk membela agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia.

Jadi, pihak perosak disebelah PR sana tu...
Bersiap siagalah untuk berkubur dalam PRU13 ini....




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment