Sunday 19 May 2013

PAS tiada wakil yang berkaliber untuk dilantik sebagai MB!!!

Umum ingin mengetahui tentang perkara yang tersirat disebalik perlantikan MB Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dari PKR sedangkan kerusi majoriti dimenangi di Selangor adalah dari Pas.

Perkara ini jelas menunjukkan yang wakil rakyat daripada kalangan orang Pas tidak mempunyai kelayakan untuk memimpin dan mentadbir sebuah negeri!

Bagi mengelakkan terbocornya kelemahan tersebut, Hadi Awang dengan pantas mengarahkan agar wakil rakyat daripada Pas tidak akan berebut untuk menduduki kerusi MB dan ianya kekal untuk PKR memilih wakil rakyat mereka untuk mentadbir negeri Selangor!

Bukankah ini satu penghinaan terhadap wakil rakyat PAS yang dipilih oleh pengundi dalam PRU13???

Haji Hadi sendiri pun pernah gagal dalam mentadbir Terengganu suatu ketika dahulu semasa beliau menjadi MB. Pengalaman tersebut telah mempengaruhi keputusan Presiden Pas itu untuk tidak membenarkan wakil daripada Pas untuk mentadbir negeri kecuali di Kelantan.



Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network