Tuesday 9 April 2013

#PRU13 - Terlondeh Habis Anwar Dan Mat Sabu Di Titi Serong...

Titi Serong - Bertempat di Balairaya Tebuk Haji Musa, Anwar Ibrahim dilondeh habis habisan oleh bekas pengikut kuat beliau Saudara Shamsul Hidayat mantan Ketua Penerangan AMK Malaysia dan Saiful Ambar ,peguambela Anwar.

Majlis ceramah bertajuk:-
GELOMBANG ANAK MUDA. " KITA TALKINKAN PENGKHIANAT BANGSA....

Turut hadir dalam ceramah tersebut adalah Penyelaras DUN Titi Serong Abu Bakar Mat Ali, Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar Suhaimi Abdul Hamid, Presiden Gerakan Belia 4B Malaysia Mua'amar Gadafi Jamal dan seluruh kepimpinan tempatan.

Seperti yang kita sedia maklum dua nama pemimpin PR Anwar dan Mat Sabu ni sememangnya banyak mencetuskan onar dan duri di Malaysia ini. Tak perlu disebut satu persatu onar yang mereka telah buat kerana rakyat sudah tahu.

Dalam kesempatan majlis tersebut Abu Bakar Mat Ali selaku Penyelaras Dun Titi Serong dalam ucapannya menyeru para pengundi di Dun Titi Serong supaya keluar beramai ramai pada hari mengundi bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Parti BN.

Beliau merayu kepada para pengundi supaya fokus kepada PRU13 ini dan lupakan sementara sengketa yang ada supaya kita tidak merempat dibumi sendiri dik kerana pergaduhan sesama kita pada hari ini! Selagi atas tiket BN, kita akan terima sesiapa juga calon yang ditetapkan oleh pucuk pimpinan di kawasan kita!

Itu ikrar beliau di Titi Serong tanpa ada syak wasangka lagi tentang pendirian beliau mengenai senarai calon yang bakal diumumkan oleh pucuk pimpinan parti dalam masa beberapa hari lagi.

Beginilah pemimpin yang kita cari! Tanpa mementingkan agenda peribadi. Walaupun beliau tewas dalam PRU12 yang lalu, namun agenda kesejahteraan rakyat tetap beliau utamakan dan usaha serta kerja keras beliau itu banyak membuka mata pihak kawan dan juga lawan.

Tahniahlah kepada saudara Abu Bakar Mat Ali kerana berjaya memberi kesedaran kepada pengundi di Dun Titi Serong.

Pengundi di Dun Titi Serong tiada pilihan lain lagi kerana Pas telah ditalkinkan kini yang tinggal hanyalah BN.

Undilah calon BN dalam PRU13!!!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone