Saturday 27 April 2013

#PRU13 - Panas!!! Rumah MB Perak Kena Serang Dengan Golongan Muda @ZambryAbdKadir #Vote4BN

Semalam berlangsungnya majlis ramah mesra dan jamuan makan malam BNYV Perak bersama YAB DS Dr. Zambry Abd Kadir bertempat di Kediaman rasmi beliau.

Dalam majlis tersebut MB Perak menyatakan perasaan bangga dan terharu terhadap sukarelawan golongan muda yang begitu perihatin dengan membantu untuk memastikan kemenangan BN di negeri Perak dalam PRU13 ini.

Ini jelas menunjukkan sikap keterbukaan pemimpin tertinggi di negeri Perak dengan mengadakan sesi dialog bagi mendengar rintihan dan cadangan daripada golongan Gen Y ini.

Turut sama hadir dalam majlis tersebut ialah tulang belakang BN Perak iaitu saudara Ketua Pemuda BN negeri Perak @azwanbro yang begitu komited bagi merialisasikan kemenangan BN di negeri Perak dalam PRU13 nanti.

Syabas dan tahniah kepada BNYV negeri Perak yang berjaya mengumpulkan ribuan sukarelawan muda di seluruh pelusuk negeri Perak pada majlis malam tadi.




Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network