Wednesday 20 March 2013

Panas ni!!! Ustaz Babi pulak...

Satu persatu kebodohan puak pecacai PR ni yang langsung tiada adab dan budi bahasa apabila sanggup memaki hamun seorang tokoh ilmuan agama kerana tidak memihak kepada mana-mana parti terutamanya PR.

Buktinya jelas apabila seorang penyokong tegar yang begitu fanatik dan taksub dengan Anwar Ibrahim tampil dengan komen yang Selongkar rasakan tindakan tersebut tidak seharusnya dilakukan oleh orang Islam kepada orang Islam yang lain!

Manakan boleh seorang yang mengaku dirinya Islam sanggup membabikan seorang tokoh guru agama Islam! Demi tidak menyokong perjuangan songsang Anwar Ibrahim maka Ustaz ini dipersalahkan demikian!!!

Dalam penulisan dilaman sosial fb milik UKE, beliau mengingatkan kepada semua pihak dan semua parti-parti politik di Malaysia agar tidak membabitkan nama beliau terutamanya sekarang hangat mengatakan yang beliau akan bertanding di kerusi ADUN dalam Negeri Perak.

Beliau menyatakan itu semuanya fitnah kerana beliau (UKE) tidak berminat menyertai atau menjadi YB bagi mewakili mana-mana parti politik dalam PRU13 ini, kerana beliau cukup selesa dengan tugasan beliau sekarang ini dengan mendidik ilmu agama kepada anak bangsa agar menjadi insan yang berguna di kemudian hari.

Disamping itu juga beliau melakukan tugas-tugas ceramah diserata tempat yang mengundang beliau diatas platform neutral dan bukan platform politik!

Ini jelas! Kenyataan UKE tiada langsung unsur-unsur berbaur politik.
Jadi, mengapa si pecacai Anwar ni yang bernama Mohammad Isa ini sanggup mengatakan ustaz ni babi? Dimana moral pecacai ni? Adakah dia telah dibeli oleh Anwar untuk menyerang Ustaz yang tidak menyokong mereka?

Lihatlah senario politikus PR pada hari ini! Adakah sanggup kita terutamanya umat Islam bersekonggol atau bersubahat dengan golongan ini?

Lu pikirlah sendiri!!!!!!!





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone