Sunday, 7 July 2013

YB PR tak buat kerja!!! Demonstrasi diutamakan, Rakyat dipinggirkan!!!

Selongkar didatangi oleh seorang kenalan yang membawa isu kemiskinan yang tiada pembelaan oleh YB PKR KADUN Kuala Kurau iaitu Yunus Pucung dan MP Parit Buntar YB Dr. Mujahid.

Setelah berbincang dan mendapatkan maklumat tuan rumah ( nama dirahsiakan ), selongkar dibawa ke rumah tersebut bagi melihat sendiri keadaan fizikal rumah tersebut yang lokasinya terletak didalam kawasan YB Yunus - DUN Kuala Kurau dan Parlimen Parit Buntar.

Dimanakah wakil rakyat PR, YB Yunus dan YB Dr. Mujahid yang telah dipilih untuk membantu rakyat di DUN Kuala Kurau dan di dalam Parlimen Parit Buntar?

Jangan dok asyik berdemo jalanan je YB !!! Tengok sama kawasan masing-masing!!! Kalau tak mampu nak selesaikan masalah rakyat jangan dok berlagak nak jadi wakil rakyat!!! Letak je jawatan sebagai ADUN dan MP kalau semua nak harapkan UMNO untuk selesaikan masalah rakyat dikawasan yang dimenangi oleh PR sendiri.

Setelah dua penggal PRU dimenangi oleh PR di Parlimen Parit Buntar, Dun Titi Serong dan Dun KK tiada satu pun permasalahan rakyat diselesaikan oleh wakil rakyat PR ni. Segalanya diselesaikan atas inisiatif parti UMNO dan BN Bahagian Parit Buntar.

Wakil rakyat PR, "jangan dok cakap je berdegaq-degaq di dalam Parlimen dan Dewan Rakyat", tapi hakikatnya rakyat yang terpaksa menanggung bahananya!!! Tinggalkan politik jalanan, dan balik tengok rakyat dikawasan!




Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network

No comments:

Post a Comment