Tuesday 7 May 2013

Kementerian Kesihatan Malaysia Tak Bayar Elaun Uniform??? @NajibRazak @ZambryAbdKadir @Rosnah_ARS

Selongkar mendengar keluhan penjawat awam Kementerian Kesihatan Malaysia yang bekerja di Hospital Parit Buntar dan Unit Pergigian Parit Buntar mengenai elaun pakaian (uniform) dan elaun kasut yang tidak dibayar walaupun pakaian (uniform) dan kasut telah siap di tempah dan dibeli.

Selongkar mendapat maklumat daripada penjawat awam tersebut yang mengatakan elaun untuk upah 3 pasang uniform putih sebanyak RM690 manakala elaun untuk 2 pasang kasut kulit sebanyak RM300.

Elaun ini keseluruhannya sebanyak RM990 setahun bagi 3 pasang uniform dan 2 pasang kasut kulit.

Yang menghairankan selongkar disini ialah mereka mengatakan elaun tersebut (RM990) tiada masalah pembayaran pada tahun lepas 2012, dan mengapa peruntukan tersebut menjadi masalah pada tahun ini 2013?

Adakah kerajaan atau Kementerian Kesihatan Malaysia telah menyekat peruntukan tersebut bagi membiayai PRU13 yang lalu?

Itulah keluhan kebanyakan penjawat awam yang bekerja di Hospital dan Klinik kesihatan khususnya di dalam Daerah Kerian, Perak yang rata-rata mereka ini melahirkan rasa ketidakpuasan hati terhadap KKM kerana hak mereka tidak ditunaikan oleh majikan mereka.

Kementerian Kesihatan Malaysia tolong siasat perkara tersebut kerana dikuatiri perkara ini boleh menjejaskan imej serta nama baik kementerian dan dalam masa yang sama ia boleh memberi impak yang negatif terhadap kerajaan Malaysia!

Bayar sajalah jika benar dakwaan tersebut...
Mengapa ada "double standard"??? Dulu boleh sekarang tak boleh pulak?!?



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone