Thursday 11 April 2013

Ribuan Rakyat Parlimen Parit Buntar Hadir Ceramah Pas!!! #BetterNation #TolakPR #GE13 #PRU13

Titi Serong, 6 April 2013 - Pusat Tarbiah Pas Titi Serong suram dengan bilangan kehadiran semakin berkurangan.

Penduduk-penduduk Parlimen Parit Buntar dan DUN Titi Serong mula sedar siapa sebenarnya Mujahid Yusof Rawa, Mahfuz Omar, Ust. Abu Bakar Hussain dan pemimpin Pas Parit Buntar Haji Harun sehinggakan ceramah mereka di kawasan parlimen sendiri tidak mendapat sambutan seperti PRU12 yang lalu.

Adakah ceramah tak dapat sambutan juga sandiwara UMNO, YB PAS?

Penceramah undangan Pas Ah Beh dari Kelab Penyokong Pas Perak, juga telah mencetuskan kontroversi dengan membaca ayat-ayat Al-Quran dan menghina orang melayu yang ingkar pada tuntutan dan ajaran Pas.

Ustaz Ah Beh yang diberi gelaran oleh YDP Pas Parit Buntar Hj Harun telah membuatkan orang ramai terutamanya penyokong Pas lari keluar meninggalkan majlis kerana dilihat Pemimpin Pas semakin sesat dengan membiarkan kafir Harbi mempersendakan serta menghina agama Islam dan umat Islam di Parlimen Parit Buntar!

Jadi, kepada penyokong Pas di Parlimen Parit Buntar, ayuh kita sama-sama tolak PR ( PAS dan PKR ) dalam PRU13 ini demi Agama Islam, Bangsa Melayu dan Negara Malaysia!

Bagilah sokongan yang padu kepada BN dalam PRU13 ini demi jihad yang sejati dari dulu, kini dan selamanya. InsyaAllah...





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone