Thursday 18 April 2013

#PRU13 - Majlis pengenalan calon Parlimen Parit Buntar - P057, Dun Titi Serong - N08 dan Dun Kuala Kurau - N09

Parit Buntar - Sesi pengenalan calon bersama Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Parit Buntar 4 peringkat berlangsung di Pejabat UMNO Bahagian Parit Buntar pada jam 9.30 malam tadi.

Sesi pengenalan ini dipengerusikan oleh Encik Abdullah Salleh selaku Setiausaha UMNO Bahagian Parit Buntar merangkap Penyelaras Parlimen Parit Buntar.

Calon bagi kerusi Parlimen Parit Buntar P057 disandang oleh Encik Mua'amar Ghadafi Jamal Bin Datuk Wira Hj Jamaludin, Presiden Belia 4B Malaysia.

Bagi KADUN Kuala Kurau, calonnya pula ialah penyelaras DUN Kuala Kurau sendiri iaitu Tuan Haji Mohd Salleh Mat Disa merangkap Pemangku Ketua UMNO Bahagian Parit Buntar.

Manakala calon KADUN Titi Serong juga dipegang oleh penyelaras DUN tersebut iaitu Encik Abu Bakar Mat Ali.

Dalam perjumpaan tersebut, Majlis Tertinggi UMNO Bahagian Parit Buntar menyatakan sokongan penuh terhadap ketiga-tiga calon yang telah dipilih oleh pucuk pimpinan tertinggi parti dan berikrar akan bekerja keras bagi merampas kembali ketiga-tiga kerusi yang disandang oleh PR didalam Parlimen Parit Buntar.

Dalam pada itu, ketiga-tiga calon tersebut menyeru kepada semua yang ada didalam majlis tersebut supaya memberi teguran dan tunjuk ajar sekiranya ada perkara yang terlanjur perbuatan dan pertuturan serta terlepas pandang demi kebaikan semua bagi mencapai kemenangan dalam PRU13 pada 5 Mei 2013.

"Transformasi berjaya, rakyat sejahtera"!

Undilah calon Barisan Nasional!!!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone