Tuesday 23 April 2013

#PRU13 - Macam-macam ada... Sabotaj versi baru?

Baru-baru ini semasa hari penamaan calon kita dapat melihat senario parti politik tanahair kita, ramai calon yang bertanding diatas tiket BEBAS.

Mengapa perkara begini berlaku?

Banyak kenyataan dan pendapat yang telah dikeluarkan. Antaranya mengatakan ahli parti melepaskan geram kerana nama mereka tidak dicalonkan oleh pemimpin tertinggi parti masing-masing...

Apa pun pendapat yang dilontarkan Selongkar dapati semuanya berunsur negatif !!!

Pada pendapat Selongkar, perkara ini terjadi disebabkan oleh calon yang diletakkan oleh parti disesuatu kawasan tersebut mempunyai peluang yang tipis atau mempunyai ruang yang banyak untuk tewas.

Maka, demi mengekalkan dan merampas sesuatu kerusi DUN atau Parlimen, perkara tersebut mesti dilakukan demi mengalahkan parti pihak lawan!

Disini jika diperincikan, walaupun bertanding diatas tiket bebas namun calon boleh membuat pilihan untuk menyokong mana-mana parti apabila menang kelak.

Calon yang dipilih oleh parti juga tidak semestinya disukai secara majoriti oleh pengundi di tempat tersebut!

Sudah jelas terbukti apabila 2008 parti BN dan PR mengalami satu senario politik yang luar biasa.

Mengapa ini berlaku? Adakah calon yang lalu masih dikekalkan? Atas dasar apa calon yang telah tewas pada musim yang lalu kini diangkat semula? Jika calon muka baru diangkat, apa penilaian kredibiliti calon tersebut?

Banyak lagi persoalan dan persepsi yang boleh menjadi penentu kepada keputusan PRU13 pada 05hb May 2013 nanti.

Kepada semua calon-calon yang bertanding, selongkar mengucapkan selamat bertanding dan ingatlah kepada pengundi kita mengharapkan kemenangan!!!

Dekatilah pengundi sebaiknya...




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone