Saturday 6 April 2013

PRU13 - Agensi SPRM Tak Boleh Pakai? #GE13 #PRU13

Agensi penguatkuasaan kerajaan akan dikurangkan dan dimansuhkan apabila kerajaan alternatif ( Penipu Rakyat ) diberi mandat dalam PRU13.

Perkara ini dinyatakan dengan jelas oleh SU Parti DAP yang juga Bekas Ketua Menteri Pulau Pinang.

Dimana ketelusan dalam sistem pentadbiran jika tiada badan pemantau dan penyiasat?

Nampak gayanya PR cukup takut dengan agensi SPRM ini kerana terbukti kecekapan SPRM dalam menyiasat beberapa kes penyelewengan oleh kroni PR sendiri.

Kita bukan negara komunis yang menggunakan kuasa vitor!

Malaysia adalah negara berdaulat dan mempunyai undang-undang bagi menjamin keselamatan, kesejahteraan dan ketelusan dalam pentadbiran.

Dengan Moto SPRM " Amanah, Tegas dan Adil ", setiap anggota telah diterap dengan kod etika bagi memastikan segala arahan dilaksanakan segera dengan penuh ketaatan dan komitmen selagi ia tidak bercanggah dengan prinsip-prinsip agama serta undang-undang dan peraturan yang diguna pakai.

LGE lebih baik duduk dalam hutan simpan Teluk Bahang kalau tak mau ikut undang-undang Malaysia!!!

Tolak Pakatan Rakyat dalam PRU13!!!




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone