Wednesday 3 April 2013

Gempur!!! Kubu PDM Tg Piandang Di Aktifkan!

Selepas pengumuman pembubaran Parlimen oleh YAB DS Najib Tun Razak pagi tadi, seluruh kubu untuk gerakan BN di PDM Tg Piandang di aktifkan.

Ini dilaksanakan oleh kepimpinan PDM yang dipertanggungjawabkan kepada Ketua Kampung Parit Tg Piandang saudara Abu Hassan Bin Ismail atau lebih mesra dengan panggilan Hassan kucing sesuai dengan perwatakan beliau yang agresif dan tegas.

Beliau begitu komited dengan gerak kerja Pilihanraya bagi memastikan BN menang di PDM beliau dan juga di ketiga-tiga kerusi Parlimen Parit Buntar, DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau.

Harapan beliau agar PRU13 ni menjadi kayu pengukur kepada beliau yang baru dilantik menjadi ketua kampung dan juga ketua PDM bagi Tg Piandang.

Beliau menyeru agar semua orang melayu bersatu hati untuk memilih BN pada PRU13 ini untuk menjamin kesejahteraan semua dimasa akan datang.

HIDUP BN !!!



Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone