Tuesday, 16 April 2013

Bongkar!!! C.N Af Ghani di Bagan Serai #TolakPR #Vote4BN

Perjuangan Pas pada hari ini sudah tidak releven lagi dengan konsep asalnya dalam memperjuangkan agama Islam.

Bagi mencegah kemungkaran tersebut C.N Af-Ghani bangkit dan menjelajah ke seluruh pelusuk tanah air untuk membongkar serta menentang penyelewengan akidah yang telah serta bakal dilakukan oleh PAS.

Dato Sham Sahat, ADUN Alor Pongsu menyambut baik kehadiran
Cikgu Non (Penulis Buku Kafirkah Aku & Asam Pedas) dalam ceramah beliau pada 13/4/2013 (sabtu) Jam 9.00 malam bertempat di Dewan Taman Serai Permai, Bagan Serai.

Dasar perjuangan Pas telah dilanggar oleh pemimpin yang rakus dengan kuasa politik! Dan nafsu yang memberontak untuk menjadi calon dalam PRU13 bagi mencapai matlamat ke Putrajaya.

Fasal ke-2 PAS - terkandung untuk membentuk kerajaan berpandukan Islam serta mendakwah org ramai menegakkan syiar Islam.

Tetapi...apa yang dah berlaku dalam Pas hari ini?

Pas bersama-sama mendokong kemungkaran LGBT! Bagaimana hudud yang diwar-warkan bakal dilaksanakan?

Pas sudah aktif memfitnah insan lain dengan melatih serta menghasut minda pemuda - pemudi negara! Apabila sebut saja Umno... Itu rasuah! Sehingga perkara tersebut sebati dan tersemat ke dalam jiwa mereka.

Adakah ini yang diajar dalam Islam?

"Hablum minannas..hablum minallah"

Semua yang benar hanya pada Pas, manakala yang salah itu semuanya UMNO.

Seolah-olah Pas adalah agama dan bukan lagi parti politik!

"Wahai manusia! Takutlah kamu kepada Allah dan jangan kamu takut kepada selainnya serta janganlah kamu menegakkan kemungkaran"!!!




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment