Tuesday 2 April 2013

Bertempur Pulak di Parit Buntar - Himpunan Belia Seni Mempertahankan Diri

Baru-baru ini berlaku satu pertempuran di Dataran Alamanda Parit Buntar, Perak.

Pertempuran sihat, dianjurkan dibawah Belia Wajadiri daerah Kerian, Perak. Turut hadir dalam majlis tersebut Tuan Pegawai Daerah Kerian Hj Kamaruddin Awang, Penyelaras Parlimen Parit Buntar En Abdullah Salleh, Penyelaras DUN Titi Serong En. Abu Bakar Mat Ali, Tn Hj Mohd Salleh Mat Disa dan tidak ketinggalan juga yang turut menaikkan semangat pejuang tempur pahlawan di Parlimen Parit Buntar, saudara Mua'amar Gadaffi selaku Presiden Gerakkan Belia 4B Malaysia.

Penyertaan dari 6 pertubuhan silat wajadiri dibawah naungan Pejabat Belia Dan Sukan Daerah Kerian yang di ketuai oleh Pegawainya YM Raja Hamidah Raja Shah telah menggamatkan dataran Alamanda Parit Buntar.

Antara persilatan agung yang menyertai karnival ini ialah dari perguruan Pertubuhan Seni Silat Lincah Malaysia yang dipimpin oleh Tn Hj Nazri Bin Abu Bakar, Pertubuhan Silat Pusaka Gayong Malaysia, Pertubuhan Silat Gerak Panglima Perkasa, Silat Helang Putih, Suria Warisan Kuntau Tomoi dan Persatuan Karatedo Kerian.

Motif penganjuran Belia Wajadiri ini tidak lain dan tidak bukan hanyalah untuk membangkitkan semangat mempertahankan warisan ketuanan melayu melalui persilatan agung tanahair.

Semangat mempertahankan tanah air harus disemat disanubari setiap anak muda khususnya dan jangan pula kita menjadi perosak dan petualang bangsa hanya kerana dipengaruhi oleh sesetengah pihak yang berkepentingan politik.

Anak muda adalah harapan bangsa dan bukannya bangsat untuk sama-sama merosakkan demi kepentingan orang lain!!!






Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone