Monday 11 March 2013

PAS menjadi kaldai tunggangan PKR dan DAP

Inilah kenyataan yang selongkar ingin kongsikan menerusi gambar yang dikirimkan oleh penyokong PAS yang telah kecewa dengan kepimpinan PAS yang dilihat selama ini sebagai kaldai tunggangan didalam PR.

Syabas selongkar ucapkan kepada beliau kerana mengambil pendekatan dan keputusan yang tepat pada masanya!

Pas kini dilihat tidak relevan lagi dalam isu serta agenda memperjuangkan agama Islam. Pelbagai perkara telah timbul kebelakangan ini tentang isu keagamaan terutamanya isu kalimah Allah yang gagal dipertahankan dengan konsisten oleh kepimpinan Pas!

Pas juga dilihat bersekongkol serta bersubahat dengan menegakkan benang yang basah terutamanya dalam isu skandal seks pemimpin PR yang lain serta dalam menyokong aktiviti LGBT!

Jadi tak perlulah selongkar bongkarkan semuanya kerana umum sedia maklum dengan apa yang berlaku dalam PR tika ini.

Maka, disini selongkar menyeru kepada semua penyokong PAS dan PKR diluar sana agar mari lakukan transformasi politik dengan meninggalkan parti munafik ini agar kita tidak tergolong dalam subahah dan sama-samalah kita berjuang bersama UMNO dalam BN demi menegakkan serta memertabatkan Agama Islam, bangsa Melayu dan tanahair tercinta.

Jom pakat-pakat kita undi Barisan Nasional dalam PRU13 ini!!!





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone