Tuesday, 19 March 2013

PANAS!!! Ustaz K terlanjang di Parit Hj Wahab

Malam ni cuaca bertukar panas dengan kehadiran Ustaz Abd Khodir B. Rejab, Pengerusi Biro Agama, UMNO Bahagian Pasir Salak ke PDM Parit Haji Wahab, Tg Piandang.(Katanya beliau juga bekas ahli PAS)

Turut hadir dalam dalam majlis ceramah "Gegar Gempor" yang bertempat di Balai raya Parit Haji Wahab ialah Penyelaras DUN Titi Serong Ybhg. Saudara Abu Bakar Mat Ali mantan ADUN Titi Serong serta kepimpinan UMNO Bahagian Parit Buntar, Wanita , Puteri , Pemuda dan Ketua kampung Parit Hj Wahab Hj Abd Aziz Hashim.

Dalam pengisian ceramah tersebut, Ust. K menekankan akidah umat Islam, dimana Pas telah banyak memesongkan akidah umat Islam dalam agenda politikus mereka dengan "trade mark" Undi Pas masuk syurga ! Siapa mereka yang nak menentukan penghuni syurga dan neraka???

Beliau juga amat kesal dengan tindakan Pas yang menjadi pak turut kepada parti DAP dan PKR. Malahan sanggup membiarkan isu agama & akidah dimainkan oleh golongan yang kurang ilmu agama dan jahil serta golongan kafir harbi iaitu cina DAP!

Ini jelas, dalam beberapa siri ceramah Pas yang mana orang bukan Islam dibenarkan berceramah didalam masjid, menggunakan ayat-ayat Al- Quran serta terjemahan yang salah! Apakah ini nilai perjuangan Islam oleh Pas?

Dimana sensitiviti agama mereka? Sejauh mana Pas yang mendakwa menegakkan syiar Islam sanggup bersekongkol dengan mereka? Malahan dengan rasa tidak bersalah membenarkan isu kalimah Allah diguna pakai oleh orang kristian secara bebas?!!

Trend terbaru Pas kini menggunakan golongan artis untuk berceramah bagi menarik penyokong golongan muda-mudi. Walaupun golongan ini cetek ilmu agamanya, mereka yang sanggup bekerjasama bagi menjayakan matlamat Pas akan diangkat darjatnya menjadi ustad dan ostazah segera Pas!

Dengan gelaran tersebut juga mereka akan dibayar upah untuk berceramah dimerata pelusuk tanahair bagi memburuk-burukkan kerajaan yang sedia ada.

Sanggupkah kita melihat agama Islam dan umat melayu dipermainkan oleh agama dan bangsa lain?!?

Ayuh semua kita bangun dan jihad menentang kemungkaran ini !!! Kita harus memastikan Pas dan sekutunya tewas, hancur dan berkubur dalam PRU13 yang akan datang ini!

Demi agama , bangsa dan tanahair yang tercinta ini, WAJIB keatas kita untuk menyokong dan mengundi Parti BN pada PRU13 nanti...

* 1 undi untuk PAS = 1 undi untuk kehancuran Islam.

* 1 undi untuk PKR = 1 undi untuk kehancuran Negara Malaysia.

Fikir-fikir lah sejenak untuk masa depan kita, agama kita , bangsa dan tanahair kita...


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment