Saturday 16 March 2013

Lagi musuh mati di Tg Batu

Kampung Tanjung Batu - pagi tadi berlaku satu lagi pertempuran diantara pihak keselamatan negara kita dengan pengganas Sulu Filipina.

Laporan menyatakan seorang musuh telah mati ditembak manakala anggota keselamatan kita tiada yang cedera dan menjadikan jumlah musuh yang mati setakat ini mencecah angka 62 orang.

Pihak keselamatan negara kita menyeru kepada orang awam agar tidak memasuki ke kawasan operasi kerana ini mungkin akan mengganggu tugas pembersihan musuh didalam kawasan tersebut.

Pihak keselamatan sangat berterima kasih kepada orang awam tempatan yang menyalurkan maklumat selama ini kerana ianya memudahkan kerja-kerja menjejaki musuh- musuh tersebut. Diharapkan orang awam terus memberi info tentang pergerakkan dan persembunyian pihak musuh di penempatan mereka.

Pihak keselamatan juga mengatakan operasi pembersihan musuh negara sudah hampir selesai. Justeru itu, orang ramai janganlah cuba membuat spekulasi yang negatif terhadap operasi tersebut. Walau bagaimana pun, operasi pemantauan keselamatan masih ditingkatkan di kawasan tersebut.

Setakat ini jumlah yang ditahan mencecah angka 104 orang...

~marilah kita sama-sama berdoa untuk keselamatan pejuang-pejuang negara kita di perbatasan...





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone