Sunday 24 March 2013

Seram!!! Pocong YB Yunus Merayau-rayau di Kuala Kurau...

Pocong adalah sinonim dengan permainan politik ADUN Kuala Kurau. Semua pocong ni didakwa berkeliaran disebabkan oleh pembangunan yang dibawa oleh kerajaan BN kononnya.

Setelah ibu pocong yang berkeliaran itu ditangkap oleh bapa si pocong itu Yunus maka keluarlah pula anak si pocong ini merangkak dijalanan untuk mencari bapanya di Kuala Kurau.

Inilah ADUN yang paling mengarut yang telah membangkitkan isu pocong didalam mesyuarat tindakan daerah kerian. Bukankah banyak lagi agenda pembangunan rakyat yang perlu difikirkan dalam mesyuarat yang besar itu? Mengapa perlu membazir waktu dengan cerita tahyul tersebut?

Opsss...YB yang kurang berpelajaran memang kurang akal fikirannya!!! Semua ini salah Anwar Ibrahim kerana main tangkap muat je tanpa melihat latar belakang pendidikan sebagai calon berkualiti!!! Akhirnya... Penduduk di DUN Kuala Kurau semua menjadi mangsa!!!

Setelah apa yang berlaku selama ini, adakah pengundi di DUN Kuala Kurau mahu mengekalkan kepimpinan dari calon PR???





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone