Saturday, 30 August 2014

3 Amanat Kemerdekaan ke- 57 Oleh PM

Selamat menyambut hari ulang tahun kemerdekaan tanah air tercinta Malaysia yang ke-57.

"Disini lahirnya sebuah cinta"... Selamilah maksudnya demi Malaysia kita pada hari ini, esok dan seterusnya.

Negara Malaysia kita ini bakal kita wariskan kepada anak cucu kita nanti. Maka, peliharalah ia mengikut acuan yang kita buat. Jangan mengikut hasutan yang dilemparkan oleh sesetengah pihak yang cemburu melihat kejayaan yang dikecapi oleh Malaysia pada hari ini.

Lipatan sejarah dan waktu telah mendewasakan kita. Pelbagai cabaran dan ujian telah kita hadapi dan atasi dengan izin Allah SWT.

Justeru, demi melangkaui masa hadapan yang harmoni dan mengecapi kejayaan yang berterusan, maka PM kita telah menggariskan "3 Amanat Kemerdekaan ke-57" bagi merialisasikan impian mencapai status negara maju dan rakyat berpendapatan tinggi.

AMANAT PM :-
1. Mengukuhkan Solidariti Rakyat Malaysia
2. Memupuk keyakinan - mampu mencapai cita-cita apabila kita saling bersatu dan bergandingan
3. Mewariskan sebuah Malaysia yg makmur lagi sejahtera kepada generasi akan datang

Hargailah apa yang kita kecapi pada hari ini dan jagalah ia untuk generasi yang akan datang.

"Yang bulat tidak datang bergolek, yang leper tidak datang melayang"

MERDEKA!!!

MERDEKA!!!

MERDEKA!!!



Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network