Fenomena ini telah lama wujud semenjak kaum wanita mula memasuki dunia pekerjaan dan perkhidmatan serta badan sukarela.
Perkara ini sebenarnya telah mendapat perhatian sejak tahun 70-an lagi. Namun sikap dan kesedaran masyarakat terhadap perkara ini kurang mendapat perhatian kecuali berlaku sesuatu yang serius baru lah nak menuding jari kepada pihak lain.
Kajian mendapati antara 15% hingga 30% pekerja wanita mengalami gangguan seksual yang dilakukan oleh ketua atau rakan sekerja mereka.
Jika dilihat, peratusan angka ini nampak begitu kecil namun apakah semua mangsa-mangsa gangguan seksual ini berani tampil kehadapan dan membuat aduan?
Adakah mereka merelakan diri mereka diperlakukan begitu?
Bagaimana majikan menyediakan persekitaran tempat kerja bagi menjamin keselamatan pekerja?
Kepada siapa aduan ini perlu diajukan?
Apakah jaminan dan perlindungan kepada mangsa yang tampil membuat aduan?
Banyak perkara yang perlu diambil perhatian oleh pihak majikan dan pihak berwajip. Namun, perkara ini tidak akan berakhir sekiranya tahap kesedaran masyarakat itu sendiri terlalu rendah.
Perkara asasnya, masyarakat itu sendiri perlu sedar. Laporkan jika perkara ini berlaku terhadap diri anda, rakan sekerja anda, dihadapan anda, saudara mara dan janganlah mengambil sikap acuh tak acuh dengan mengambil pendekatan berdiam diri...
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network