PRK yang pertama selepas PRU13 di K.Besut (N01), Terengganu. Kali ini SPR kena bertindak lebih pro-aktif bagi mengelakkan sebarang kebarangkalian yang akan dicetuskan oleh PR.
Kemungkinan juga mereka akan menggunakan dakwaan seperti "blackout" semasa pengiraan undi, dakwat tak kekal, pengundi hantu, pengiraan kertas undi salah, mengundi dua kali dan lain-lain seperti yang berlaku semasa PRU13 yang lalu.
Selongkar bukannya apa, cuma sekadar mengingatkan saja supaya perkara tersebut tidak akan berlaku dan dimanipulasikan oleh pemimpin PR yang sememangnya suka membuat provokasi dan kontrovasi sehingga rakyat terpengaruh dengan penipuan mereka sehingga sanggup turun ke jalanan!
Kepada penyokong kedua-dua parti, selongkar ingin berpesan dalam menghadapi PRK ni janganlah sampai mencemarkan kesucian bulan Ramadhan ini.
Selamat mengundi kepada seluruh pengundi di Dun K.Besut N01. Buatlah pilihan bijak demi kesejahteraan semua...
Sent from my BlackBerry® smartphone over the TuneTalk network