Kenapa saya memilih untuk duduk dibawah pentadbiran BN?
Pernahkah anda sebagai rakyat hidup di bawah wakil rakyat BN dan PR?
Saya pernah! Wakil rakyat DUN saya sekarang adalah dari PAS. Masyarakat di sini telah melihat perbezaan yang begitu ketara di antara wakil rakyat UMNO-BN sebelum ini dengan wakil rakyat PAS sekarang ini.
Inilah kali pertama masyarakat di DUN Titi Serong dan DUN Kuala Kurau mempunyai wakil rakyat yang tidak mengunjungi masjid dan surau termasuk surau-surau PAS dan mengimamkan solat termasuk yang bacaannya kuat iaitu maghrib dan Isyak.
Masyarakat di sini juga dapat melihat wakil rakyat yang dulunya BN-UMNO yang biasa dengan permasalahan rakyat dan mesra rakyat, pagi bersarapan di kedai kopi sambil berbual dengan masyarakat setempat.
Kini semuanya telah tiada lagi dibawah pentadbiran wakil rakyat daripada PR (PAS dan PKR)!
Selepas sahaja memenangi kerusi di Parlimen Parit Buntar(Pas), Dun Titi Serong(Pas) dan Dun Kuala Kurau(PKR) pada PRU12 yang lalu, mereka ini YB daripada PR hilang menyepi entah kemana meninggalkan permasalahan setempat kepada rakyat!
Beginikah wakil daripada rakyat???
Dahulunya Wakil rakyat kami daripada parti BN-UMNO boleh ditemui di setiap ada kematian. sekiranya ada kenduri pula, dia dan isterinya akan datang awal di sebelah pagi untuk menolong kerja-kerja di rumah kenduri. Selain daripada itu, saya sendiri tidak takut untuk menegurnya sekiranya ada perkara yang saya rasa salah, dia juga tidak akan mengancam saya dengan kuasanya atas teguran itu.
Adakah wakil rakyat anda seperti wakil rakyat saya daripada BN?
Jujurlah pada diri anda!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone