Tg. Piandang - Apa nak jadi ni dengan seorang pendidik dan pengetua di SMA Shamsul Maarif Al Wataniah di Tanjung Piandang?
Selongkar di maklumkan oleh sebilangan ibu bapa pelajar yang menuntut di sekolah tersebut bahawa Pengetua di sekolah tersebut yang bernama Hasmuni telah mengarahkan para pelajar membaca akhbar Harakah sebagai aktiviti wajib.
Apakah maksud semua ini?
Bukankah ini satu pendekatan yang menyalahi etika seorang pendidik iaitu berpolitik disekolah dan kepada pelajar?
Sepatutnya sebagai seorang pendidik perlu menerapkan nilai-nilai murni kepada pelajar-pelajar tersebut dan bukannya membawa para pelajar kekancah politik PAS!
Dah terdesak sangat ke parti Pas ni?
Perkara ini sangat serius dan perlu diambil perhatian oleh pihak yang berkenaan!!!
Hasutan ini boleh memberi kesan buruk kepada pewaris generasi masa hadapan dan negara...
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone