Saturday, 13 April 2013

Habis la! Manifesto Pakatan akan tingkatkan hutang negara...

Seperti yang kita lihat Manifesto Pakatan akan tingkatkan hutang negara sebanyak 11% hingga menjadi 65% dari kadar 53% sekarang.

Situasi ini amat rumit dengan keadaan ketidakstabilan ekonomi dunia yang mengalami kejatuhan amat teruk .

Ini bakal memberi kesan terhadap aktiviti perniagaan dimana keluk permintaan dan penawaran akan menjadi songsang seperti bang Anwar.

Justeru itu kerajaan mengambil langkah positif dan selamat selain bukan "gula-gula" pilihanraya, pemberian bantuan BR1M juga tidak akan meningkatkan hutang negara.

BR1M sebenarnya sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menstruktur semula cara menguruskan subsidi. Cara pengagihan bantuan kepada rakyat harus teratur agar mencapai kepada golongan sasaran.

Tindakan pro aktif kearah kesejahteraan rakyat Malaysia, BR1M akan diberikan setiap tahun mengikut kadar KDNK yang kita perolehi dan bukannya hanya masa pilihanraya.

Sewajarnya dengan pertimbangan serta pemberian bantuan BR1M tidak akan tingkatkan hutang negara.

Jadi, parti pakatan rakyat jangan lah nak pembohong lagi kepada rakyat diluar sana.

Sememangnya PR rasa tergugat dengan pengumuman yang dibuat oleh Perdana Menteri Malaysia kerana semuanya untuk rakyat!




Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone