Thursday, 4 April 2013

Apa dah jadi? Belum Penamaan Calon Dah Berlaku Hal Di Parit Buntar Inn?

Tahniah!!! Umno Bahagian Parit Buntar berjaya mengadakan taklimat pilihanraya pada malam ini yang bertempat di Dewan Sri Kerian, Parit Buntar Inn.

Taklimat pada malam ini dihadiri oleh semua kepimpinan bahagian, kepimpinan PDM dan seluruh jentera penggempur BN dengan kehadiran mencecah angka 700 orang.

Selongkar tertarik dengan ucapan semangat yang dibangkitkan oleh Ketua Pemuda UMNO Bahagian Parit Buntar Saudara Suhaimi Abdul Hamid, untuk menjadi pasukan gempur yang terbaik kita harus bersatu didalam segala hal.

"Buang yang keruh, ambil yang jernih".

Bagi merialisasikan kemenangan BN di DUN Titi Serong, DUN Kuala Kurau dan Parlimen Parit Buntar, kita harus mengetepikan perselisihan peribadi, perbezaan pendapat dan sebagainya yang mana ianya boleh mengganggu konsentrasi didalam PRU yang ke 13 ini.

Harus diingat, PRU13 ini suasananya sangat getir dan luar biasa dimana PR akan melakukan apa jua cara bagi mencapai matlamat untuk menakluki Putrajaya.

Siapa lagi yang akan mempertahankan bumi Malaysia, agama Islam dan hak keistimewaan orang melayu kalau bukan kita pada hari ini???

Apakah nasib generasi akan datang sekiranya kita gagal pada hari esok disebabkan persengketaan sesama kita pada hari ini?

Fikirkanlah...

Kita tiada pilihan lain lagi selain bekerja kuat bagi memastikan kemengan BN dalam PRU13 di Parlimen Parit Buntar.

UNDILAH Barisan Nasional!!!





Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone